Gejala Rasuah (2)

Bincangkan Kesan-Kesan Rasuah Kepada Negara

Pada era modenisasi kini, isu rasuah kepada negara kerap kali terpampang di dada-dada akhbar atau di skrin televisyen. Isu rasuah kepada negara ini juga turut menjadi bualan pelbagai lapisan masyarakat sama ada di warung-warung, di stesen-stesen bas malah turut mendapat perhatian oleh pemimpin-pemimpin masyarakat. Perkara ini perlu   diberi perhatian oleh semua anggota masyarakat dan tindakan yang sewajarnya harus dicari untuk merungkaikan kebimbangan masyarakat terhadap isu ini. Kesan-kesan rasuah kepada negara ini, akan saya jelaskan dalam huraian saya yang berikutnya.

Perbincangan mengenai rasuah adalah sangat penting kerana kegiatan rasuah akan melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Dengan adanya kegiatan rasuah,tiada sesiapa akan dapat mengagak tindakan seseorang atau hasil daripada sesuatu rancangan untuk masa depan kemajuan sesebuah negara bergantung kepada cerdik pandai dan profesional yang ada. Kegiatan rasuah akan hanya menghakis kepercayaan awam terhadap cerdik pandai negara kita.

Selain itu, pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, maka pemerintahan kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya. Umpamanya jika cuai terhadap sesuatu yang telah ditentukan,maka pemberian rasuah telah menggantikan wang cukai yang sepatutnya dikutip dan manfaatnya hanya dinikmati oleh segelintir pemberi rasuah .

Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialah akan menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir.Akhirnya,ia menimbulkan masalah lain seperti kemerosotan ekonomi,pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. Budaya rasuah juga boleh menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara seperti yang berlaku di filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan presiden marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak dibendung

Seterusnya,rasuah juga menyebabkan tumpuan pelaburan dan pembangunan tidak seimbang dan saksama,iaitu jika berlakunya rasuah dan penyelewengan,maka ia akan mewujudkan golongan masyarakat yang terpaksa menanggung kesan buruknya.Tumpuan pembangunan dan pelaburan berpusu ke sektor tertentu sahaja. Ketidakseimbangan ini wujud bukan kerana sektor ini mempunyai permintaan dan keuntungan yang timggi tetepi kerana rasuah. Maka berlakulah pertumbuhan ekonomi yang berat sebelah dan sektor-sektor lain yang tidak ada peluang untuk melakukan rasuah, maka ia tidak diperkembangkan

Akhir sekali,kesan rasuah kepada negara ialah menyebabkan pengaliran wang ke luar negara. Mengumpul dan menyimpan wang rasuah di dalam negara dirasakan tidak selamat oleh penerima-penerima rasuah kerana ia boleh dikesan oleh pihak berkuasa dan merampasnya. Oleh yang demikian,wang rasuah yang merupakan wang negara disimpan di bank-bank luar negara. Ini bermakna negara akan kehilangan pertukaran wang asing dan modal.

Daripada penjelasan yang saya utarakan di atas,ternyatalah rasuah perlu ditangani secara bijaksana. Peribahasa ada berbunyi hendak seribu daya,tidak hendak seribu dalih. Oleh itu,semua pihak perlulah seia sekata dan sederap melangkah dalam memahami isu ini. Sikap saling menunding jari bukanlah jalan penyelesaian yang konkrit dapat dilaksanakan dan secara tidak langsung masyarakat yang cemerlang dan gemilang dapat dilahirkan. Mereka yang terlibat dalam isu rasuah harus bertindak secara proaktif demi untuk kebaikan bersama.

.

Posted in Karangan | Leave a comment

Theme + Evidence, Opinoin (3)

Novel Captain Nobody : Theme + Evidence, Opinoin (3)

THEME  : FAMILY LOVE

Every morning he prepares breakfast for his family. He understands that his parents and his famous brother are always busy and occupied. When he notices how busy and distracted Mom is, he volunteers to cook breakfast every morning. Whenever Mom needs his help with her misplaced items, Newt will always be there because he cares about mother. Mother is absent-minded. She depends on Newt to remind her about important events and help her to find her misplaced belongings. Dad is always busy answering the phone so Newt always pours him more coffee and gets him a pencil.

Newt supports his brother and is proud of his achievement. He plays the part as a spokesperson in informing his fan of Chris’s situation. He is very worried when Chris is hospitalized and insists to be at the hospital with Chris. He also is the one who would wake Chris up when he oversleeps.

Mom and Dad also show their love to Chris. They stand by his side throughout his ordeal every single day. They never give up in hoping the best for Chris. Mom even cries when she holds Chris’s clothes. She misses having Chris around.

OPINION

We must love our family members. His love for his brother keeps him hopeful that Chris will come out from his coma. They are the most important people in our life. Without them our life will be meaningless. The love shared by Newt and his family emphasizes the importance of love in a family. Love runs deep nad it leads to good things in life.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Novel  : Gaya Bahasa

Novel Pelari Muda : Gaya Bahasa

(a)   Simile. Contohnya, hati dan perasaannya macam emak juga; Sures semakin pantas memecut bagaikan seekor kuda liar yang dipacu.

(b)   Sinkope. Contohnya, kau dah tak lalu nak makan dan minum.

(c)   Bahasa Inggeris. Contohnya, sorry, Don’t worry, just friend, sporting.

(d)   Peribahasa. Contohnya, besar kepala, lupa daratan, sekilas ikan di air aku tahu jantan betinanya, memulangkan paku buah keras, jauh panggang dari api.

(e)   Personifikasi. Contohnya, berbagai-bagai gambaran dan perasaan bersalah mendera hati Kamarul; kata-kata demikian meluncur daripada mulut Saridah; resapan bangga menyelinap ke pembuluh darah.

(f)    Hiperbola. Contohnya, seribu kemarahan, kemarahannya mula membakar hatinya; kesayuan terus memenjarakan hati para atlet.

(g)   Penggunaan dialek. Contohnya, tunak, aspal, bergulau.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Novel  : Plot – Teknik Plot

Novel Pelari Muda : Plot – Teknik Plot

(a)   Pemerian. Contohnya, pengarang memerihalkan kebiasaan Kamarul yang membaca surat khabar tentang perkembangan sukan tanah air dan luar negara selepas sarapan.

(b)   Dialog. Contohnya, dialog antara Kamarul dan Adibah yang melarangnya keluar dari kelas sebelum loceng rehat berbunyi, walaupun Kamarul menyatakan bahawa dia mahu berjumpa dengan Cikgu Zainal.

(c)   Monolog. Contohnya, ketika berada di perpustakaan sambil menunggu kedatangan Kamarul, Saridah berfikir bahawa Kamarul perajuk dan pendendam orangnya apabila Kamarul tidak datang menemuinya di situ.

(d)   Imbas kembali. Contohnya, Saridah mengingati peristiwa pertemuan pertamanya dengan Kamarul ketika menyertai Kejohanan MSSM di Stadium Merdeka.

(e)   Imbas muka. Contohnya, selepas kemalangan, Kamarul bertekad untuk kembali berlatih dan membuktikan kepada Encik Kadir bahawa dia akan menjadi seorang ahli sukan yang berdisiplin

(f)    Saspens. Contohnya, pembaca tertanya-tanya apakah yang akan terjadi kepada Kamarul akibat dilanggar kereta.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Novel : Latar Masa, Latar Tempat, Latar Masyarakat

Novel Pelari Muda : Latar Masa, Latar Tempat, Latar Masyarakat

Latar

Latar Tempat

(a)   Pusat Sukan Kampung Pandan.

(b)   Stadium Merdeka.

(c)   Bilik guru.

(d)   Bilik hotel.

(e)   Bangkok.

(f)    Lapangan terbang.

(g)   Gimnasium A.

(h)   Hospital.

.

Latar Masa

(a)   Waktu pagi.

(b)   Waktu petang.

(c)   Waktu malam.

.

Latar Masyarakat

(a)   Masyarakat yang angkuh dan sombong apabila memperoleh kejayaan.

(b)   Masyarakat yang bertolak ansur.

(c)   Masyarakat yang tegas dalam menjalankan tugas.

(d)   Masyarakat murid sekolah yang aktif bersukan.

(e)   Masyarakat prihatin terhadap nasib orang lain.

(f)    Masyarakat yang berdisplin dalam melaksanakan tanggung-jawab.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Novel  : Sinopsis Bab 7, 8, 9

Novel Pelari Muda : Sinopsis Bab 7, 8, 9

Bab 7: Melepaskan Marah

−  Kamarul pulang ke rumah dengan perasaan marah.

−  Di rumah dia membaca kenyataan akbar oleh Ketua Kontijen Malaysia yang menyatakan bahawa Malaysia akan membawa sebanyak 350 orang peserta termasuk jurulatih dan pengurus pasukan.

−  Kamarul turut membaca kenyataan akhbar oleh jurulatihnya, iaitu Encik Kadir yang menyatakan bahawa peserta olahraga Malaysia ke Sukan Sea pada kali ini mempunyai harapan yang baik untuk merebut pingat emas kerana prestasi mereka sedang meningkat naik.

−  Kenyataan akhbar Encik Kadir juga menyebut bahawa harapan negara terletak pada pelari handalan negara seperti Kamarul, Suradi, Rajip, Sures, Mahat, dan lain-lain.

−  Encik Kadir juga menyebut bahawa disiplin yang tinggi akan menyerlahkan peningkatan sebenar para ahli sukan.

−  Kamarul berpendapat bahawa kenyataan Encik Kadir hanya untuk menempelaknya lalu gambar Encik Kadir ditusuk dengan jarinya sambil mencebik bibirnya.

−  Tiba-tiba ibu Kamarul memanggilnya kerana Saridah menelefonnya.

−  Dalam perbualan telefon itu, Saridah dan Kamarul bertanyakan khabar dan minta maaf serta mendoakan Kamarul terus berjaya dan mendapat kejayaan yang cemerlang di Bangkok.

−  Kata-kata Saridah membuatkan Kamarul berdebar dan terasa akan kejujuran Saridah.

−  Kamarul memutuskan perbualan dengan mengatakan bahawa mereka berjumpa di padang sekolah nanti.

−  Di sekolah, Saridah telah sampai kira-kira pukul 3:00 petang tetapi Kamarul masih tidak datang.

−  Hati Saridah mula bercelaru.

−  Juriah datang dan Saridah menceritakan hal dirinya dengan Kamarul di kantin.

−  Juriah memahami Saridah yang bersemangat untuk belajar apabila ada Kamarul tetapi jiwanya jadi tidak tenteram apabila bertengkar dan menyebabkan pelajarannya diabaikan, malah prestasi sukannya turut terjejas.

−  Juriah turut menasihati Saridah bahawa SPM kian hampir dan menentukan corak hidup sama ada belajar atau menjadi penganggur.

−   Akhirnya, Juriah menasihati Saridah agar melupakan Kamarul tetapi Saridah menyatakan bahawa dia boleh melupakan Kamarul namun tidak dapat melupakan kenangan bersama-sama Kamarul sambil menangis.

−   Juriah meminta Saridah mengatakan bahawa dia akan melupakan Kamarul dan Saridah berjanji.

.

Bab 8: Semoga Berjaya

−   Sebaik-baik sahaja loceng berbunyi, Cikgu Jasmah segera keluar untuk urusan di pejabat dengan pengetua.

−   Kamarul mengambil kesempatan untuk keluar kelas tetapi dipersoalkan oleh Adibah, iaitu Ketua Tingkatan 5 Sastera 1.

−   Hal itu telah menyebabkan berlakunya pertengkaran antara Kamarul dengan Adibah.

−   Kamarul pergi berjumpa dengan Cikgu Zainal.

−   Cikgu Zainal memberitahu bahawa KOAM telah menghantar telegram dan meminta beliau melepaskan Kamarul bercuti untuk mewakili negara walapun pada masa yang sama sukan tahunan sekolah juga berlangsung pada tarikh yang sama.

−   Cikgu Zainal juga mengingatkan Kamarul bahawa peperiksaan SPM sudah hampir dan meminta Kamarul tidak mengabaikan pelajaran.

−   Cikgu Zainal juga memaklumkan bahawa Encik Kadir telah mengunjunginya pagi tadi untuk meminta Cikgu Zainal melepaskan Kamarul berlatih pada waktu pagi dan petang.

−   Cikgu Zainal menyatakan bahawa dia dibenarkan berlatih pada waktu pagi dan datang ke sekolah selepas waktu rehat.

−   Cikgu Zainal turut memberitahu Kamarul bahawa Encik Kadir ada memberitahunya bahawa prestasi Kamarul merosot.

−   Cikgu Zainal mengucapkan syabas dan mendoakan agar Kamarul berjaya.

−   Selepas itu, Kamarul pun berlari ke kantin dengan perasaan yang lapang.

.

Bab 9: Dia Tidak Sudi

−   Pada petang itu, Kamarul dan Sures menyertai latihan di bawah kendalian Encik Kadir.

−   Encik Kadir memanggil Kamarul dan Sures untuk menguji kecergasan Kamarul.

−   Selepas ujian dibuat, Kamarul ditewaskan oleh Sures dan catatannya hanya sekadar masa terbaik dan hal itu menunjukkan bahawa kecergasannya merosot.

−   Latihan pada petang itu dipendekkan supaya pelatihnya dapat berehat dan memulihkan tenaga.

−   Selepas semua pelatihnya pulang, Encik Kadir memanggil Kamarul.

−   Kamarul berpendapat bahawa cara latihan Encik Kadir membosankan tetapi dia takut untuk memprotes kerana bimbang Encik Kadir melenting serta diambil tindakan tatatertib yang menggelapkan karier olahraganya.

−   Encik Kadir menyatakan bahawa dia selalu ponteng latihan namun Encik Kadir masih tertanya-tanya sama ada Kamarul bersikap demikian kerana ada masalah peribadi.

−   Kamarul membisu sahaja.

−   Encik Kadir terus bertanya sama ada Kamarul menganggap latihan tidak penting.

−   Kamarul memberitahu dia berlatih sendirian dan membuatkan Encik Kadir menggelengkan kepala.

−   Encik Kadir menjelaskan bahawa tindakan Kamarul itu melanggar disiplin.

−   Kamarul menjawab bahawa tanpa disiplin pun dia boleh berjaya dan kata-kata itu membuatkan Encik Kadir terpempan.

−   Encik Kadir terus menasihati Kamarul dan menyatakan bahawa Kamarul mula bongkak, namun Kamarul membalas dengan mengatakan bahawa Encik Kadir boleh melatih Sures.

−   Encik Kadir memberi Kamarul masa untuk berfikir sambil memberikan pingat yang dimenangi di Sukan Asia sebagai pembakar semangat.

−   Kamarul melemparkan pingat itu hingga jatuh di hadapan Encik Kadir sambil melangkah keluar dari pagar.

−   Kamarul meninggalkan Encik Kadir dengan pelbagai persoalan timbul di dalam kepalanya.

−   Tanpa memandang ke kiri jalan yang sibuk, Kamarul terus melintas jalan lalu dia dilanggar kereta dan terlambung ke udara dan terhempas di atas jalan raya.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Novel  : Nilai 

Novel Pelari Muda : Nilai 

Nilai

(a)   Ketegasan. Contohnya, Adibah tegas menghalang Kamarul yang ingin keluar dari kelas sebelum loceng rehat berbunyi.

(b)   Disiplin. Contohnya, Sures berdisiplin dan akur akan jadual latihan sehingga dia berjaya menewaskan Kamarul dalam saingan 100 meter.

(c)   Keberanian. Contohnya, Saridah berani menegur sikap Kamarul yang mula sombong dan bongkak setelah Kamarul popular.

(d)   Bertimbang rasa. Contohnya, Encik Kadir bertimbang rasa dan bertolak ansur dengan Kamarul yang mula tidak berdisiplin agar Kamarul berubah.

(e)   Bertanggungjawab. Contohnya, Encik Kadir seorang jurulatih yang bertanggungjawab seperti selalu menasihati Kamarul dan bersusah payah mengambil Kamarul yang keluar dari hospital.

(f)    Simpati. Contohnya, Juriah bersimpati terhadap Saridah dengan menasihati Saridah dan mendengar segala rintihan dan kekecewaan Saridah.

(g)   Keinsafan. Contohnya, Kamarul insaf akan kesilapan dirinya yang menjadi sombong dan bersikap kasar terhadap jurulatih dan kawan-kawannya.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Novel  : Pengajaran

Novel Sejambak Bakti : Pengajaran

Pengajaran

(a)   Kita perlulah cekal dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan cabaran.

(b)   Kita perlulah bertanggungjawab dalam menjalankan tugas yang diamanahkan kepada kita.

(c)   Ibu bapa mestilah menyayangi anak-anak walaupun anak tiri.

(d)   Kita mestilah berani untuk menegakkan sesuatu kebenaran.

(e)   Kita perlulah prihatin dalam membina persahabatan yang ikhlas.

(f)    Kita mestilah bekerjasama untuk memajukan sesebuah organisasi.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Novel  : Nilai 

Novel Sejambak Bakti : Nilai 

Nilai

(a)   Kecekalan. Razali cekal berhadapan dengan pelbagai cabaran dan dugaan yang dicipta oleh Munir dan rakan-rakannya kerana cemburu dengan kejayaannya mengurus koperasi sekolah dan cemburu dengan sikap Razali yang terlalu mesra dengan Ramlah

(b)   Bertanggungjawab. Contohnya, Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan menjalankan tugas mereka dengan penuh tanggungjawab.

(c)   Kasih sayang. Contohnya, Mak Sopiah tegas menyatakan bahawa dia juga akan keluar dari rumah tersebut bersama-sama dengan Razali apabila Razali dihalau oleh ayah tirinya.

(d)   Keprihatinan. Contohnya, Ramlah, Rozita, dan Saridevi begitu prihatin dengan melaporkan kejadian Razali dipukul oleh Munir, Leong, dan Selvam kepada Cikgu Zulkifili.

(e)   Bekerjasama. Cikgu Zulkifli, Cikgu Robeah, Razali, Ramlah dan ahli lembaga pengarah yang lain bekerjasama untuk memajukan koperasi sekolah.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Novel  : Gaya Bahasa

Novel Sejambak Bakti : Gaya Bahasa

(a)   Personifikasi – Ketika matahari menumpahkan cahayanya yang lembut, Angin membelai-belai tubuhnya, Matahari sedang menyemarakkan cahayanya di dada langit, Daunnya melambai-lambai ditiup angin.

(b)   Simile – Kakinya seperti terpaku di tanahDia rasa dirinya seperti sehelai daun kering yang melayang-layang ke sana ke mari tanpa berharga.

(c)   Peribahasa – Janganlah kerana nila setitik menyebabkan rosak susu sebelanga, ada udang di sebalik batu, masakan tempua bersarang rendah, seperti isi dengan kuku.

(d)   Bahasa Arab – AssalamualaikumWaalaikumussalam.

(e)   Sinkope – tak.

Posted in Uncategorized | Leave a comment